Keluaran Zack Snyder's Justice League

Penstriman

Zack Snyder's Justice League dikeluarkan pada 18 Mac 2021 di Amerika Syarikat menerusi perkhidmatan penstriman HBO Max.[131][61][120][132] Tidak seperti versi pawagam yang dilabel "PG-13", versi ini menerima klasifikasi "R" (setara dengan klasifikasi 18 Malaysia) kerana adegan ganas dan penggunaan bahasa kasar.[133] Untuk pasaran antarabangsa, ia akan disediakan melalui siaran televisyen, video atas permintaan (VOD) dan perkhidmatan penstriman.[134] Misalnya di beberapa negara Asia (termasuk Malaysia), ia disediakan di platform HBO Go.

Biarpun pada asalnya dirancang untuk keluar dalam dua bentuk iaitu satu minisiri berepisod dan satu filem tunggal, Snyder berkata menerusi Vero pada Januari 2021 bahawa suntingan berkenaan akan datang dalam bentuk "one-shot" sahaja.[135] Hal ini disahkan oleh WarnerMedia dalam sidang media yang menyifatkan Zack Snyder's Justice League sebagai "full-length Max Original feature film" (filem cetera lengkap yang asli dari HBO Max).[136] Filem ini didedikasikan untuk memperingati mendiang Autumn Snyder.[54] Juga dirancang versi hitam putih berjudul Justice Is Gray Edition.[137][138]

Pada 8 Mac 2021, 10 hari awal daripada dijadualkan, HBO Max tersilap mengeluarkan filem tersebut kepada penonton yang cuba memasang filem Tom & Jerry. Kesilapan itu dibetulkan dua tahun kemudian.[139]

Pemasaran

Di samping pengumuman Zack Snyder's Justice League, HBO mengeluarkan poster-poster yang menggambarkan keenam-enam ahli Justice League. Biarpun poster-poster ini pernah digunakan untuk kempen pemasaran versi pawagam, tetapi yang versi HBO berupa hitam putih dan memberikan penekanan kepada nama Snyder. Chris Agar untuk Screen Rant menyifatkan hitam putih ini jauh berbeza daripada poster Justice League berwarna-warni yang umum dijumpai menjelang tayangan versi pawagam sebagai langkah untuk membezakan kedua-dua versi.[140]

Snyder mengumumkan pada 22 Mei 2020 bahawa treler sedang diusahakan.[141] Pada 18 Jun, keluarnya satu iklan acah yang menampilkan Wonder Woman, suara latar Jesse Eisenberg sebagai Lex Luthor, dan pendedahan Darkseid.[142] Pada 25 Julai 2020, keluarnya sedutan rasmi yang mendedahkan Superman bersut hitam sewaktu acara Justice Con 2020.[143] Pada 22 Ogos 2020, iklan acah pertama ditayangkan dalam acara DC FanDome, mendapat sambutan hangat daripada para penonton dan pengkritik.[144] Pada awal November, iklan acah asal digugurkan sementara dari akaun-akaun media sosial HBO Max kerana tamat tempoh hak untuk memutarkan lagu "Hallelujah" nyanyian Leonard Cohen yang digunakan dalam iklan.[145] Pada 17 November 2020, genap tiga tahun semenjak versi pawagam dikeluarkan, iklan acah ini dikemaskini dengan babak-babak baharu dalam dua versi iaitu hitam putih dalam akaun Vero Zack Snyder, dan warna-warni dalam akaun-akaun media sosial HBO Max.[146]

Snyder mengeluarkan tiga poster promosi baharu bertajuk "Fallen",[147] "Risen",[148] dan "Reborn"[149] pada 29 Januari 2021, yang mengesahkan tarikh keluaran muktamad pada 18 Mac 2021, beserta dengan sinopsis rasmi.[150] Pada 14 Februari 2021, keluarnya treler dua minit.[151][152] Babak di hujung treler di mana watak Joker lakonan Leto menyebut "We live in a society" (Kita hidup dalam sebuah masyarakat) menjadi perbualan ramai disebabkan status bait itu sebagai meme internet yang sering dikaitkan dengan Joker.[153] Pada 2 Mac 2021, Snyder mengeluarkan satu lagi siri poster promosi menerusi akaun-akaun media sosial beliau.[154] Mulai 4 Mac 2021, poster-poster individu setiap ahli Justice League dimuat naik sehari sehelai di samping sedutan baharu yang mengetengahkan perwira berkenaan. Ini diakhiri dengan iklan acah yang menampilkan watak-watak jahat Steppenwolf dan Darkseid serta sehelai poster untuk Darkseid. Pada 14 Mac, keluarlah treler terakhir.[155]

Pada 16 2021, DC menerbitkan tiga kulit buku varian Zack Snyder's Justice League untuk siri komik Justice League isu 59 yang ditulis oleh Brian Michael Bendis, dilakar dan dilukis oleh David Marquez dan diwarnai oleh Tamra Bonvillain. Setiap kulit dilukis oleh Lee Bermejo, Liam Sharp, dan Jim Lee.[156]

Reaksi

Pengumumkan Zack Snyder's Justice League diraikan oleh gerakan #ReleasetheSnyderCut; ramai yang menyuarakan keghairahan mereka dalam media sosial,[157][158] malah segelintir peminat Snyder memuat naik video yang memaparkan diri mereka memusnahkan DVD dan Blu-ray versi pawagam.[159][68] Ramai tokoh industri, khususnya barisan pelakon Justice League, berterima kasih kepada para peminat yang telah memperjuangkan versi Snyder.[160] Akan tetapi, ada wartawan yang meluahkan kebimbangan bahawa WarnerMedia mungkin tunduk kepada peminat-peminat yang pernah melemparkan pelbagai ragam gangguan dan herdikan sepanjang gerakan, dan ini mungkin petanda yang tidak baik untuk peristiwa seumpamanya yang akan datang.[161] Screen Rant melaporkan bahawa peristiwa ini mungkin dijadikan contoh bahawa desakan peminat yang berlebihan boleh berjaya mempengaruhi pihak-pihak yang terlibat dalam membekalkan bahan hiburan audiovisual, baik penerbit filem, rangkaian televisyen, mahupun perkhidmatan penstriman.[162] Mengulas tentang kebimbangan ini, Ketua Pegawai Eksekutif HBO Tony Goncalves memperakui keghairahan peminat-peminat dan menafikan mereka tunduk kepada desakan melampau, sebaliknya pihaknya selaku perniagaan sentiasa peka kepada permintaan pelanggan.[163]

Rujukan

WikiPedia: Zack Snyder's Justice League http://www.imdb.com/title/tt2361974/ http://www.reelanarchy.com/exclusive-heres-what-at... https://www.billboard.com/articles/news/9539555/za... https://www.businessinsider.com/how-justice-league... https://www.businessinsider.com/snyder-cut-letter-... https://www.buzzfeednews.com/article/krishrach/all... https://www.cbr.com/walking-dead-robert-kirkman-re... https://www.cbr.com/zack-snyders-justice-league-fo... https://www.cinemablend.com/news/1670669/original-... https://www.cinemablend.com/news/2436990/thanks-to...